Friday, December 7, 2012

7 Lilin yang ditiup.....

Assalamuailaikumm...

Sempena hari lahir saya hari ini 7 December 2012.. yang ke berapa... hehehehe setelah seabad saya hidup dan ingin saya menulis ucapan "wish" yang lahir dari hati untuk semua kesayangan saya. Walau jiwa rasa kosong tetapi saya masih punya sahabat yang sentiasa ada dengan saya di sisi dan mereka sentiasa membahagiakan saya.

Ucapan 7 Lilin ini.

Lilin 1:
Lilin ini sangat besar... Lilin ini saya berhajat mendoakan semoga seluruh ahli keluarga saya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diampunkan segala dosa dan segala impian mereka menjadi kenyataan. i love them so much! no matter always byk misscomunication.

Lilin 2:
Lilin ini pn sangat besar..... Lilin ini saya berhajat mendoakan semua rakan-rakan saya, baik yang baru kenal mahupun yang dah lama kenal... yang setakat kata "hai", yang setakat kata "bye"... yang membalas senyum... yang mengenali diri saya... semua... saya mendoakan kesemuanya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diampunkan segala dosa dan segala impian mereka jadi kenyataan...

Lilin 3, Lilin 4, Lilin 5, Lilin 6 dan Lilin 7...lilin yang kecil2 adalah antara hajat-hajat kecil yang saya menyimpannya sebagai rahsia. hehhee :)

dan moga semuanya tercapai untuk semua.

Amin yaRobbal Alamin.

Terima Kasih Semua.

Wednesday, December 5, 2012

7 Dates yang saya impikan serta semua wanita inginkan.

7 Dates yang saya impikan serta semua wanita inginkan.

1st Date: -
Boy: Awk saya ada tiket lebih untuk konsert. Jom pegi.
Girl: Tapi awk adik saya nak ikot sekali boleh? Tapi jangan risau dia bawa kwn perempuan dia jugak.
Boy: Boleh je.
1st date si dia dah jumpe ahli keluarga kita, tak kiralah abang, kakak, atau pun adik. Lihat cara dia bertoleransi dan komunikasi. Dan sangat sweet bila dia boleh masuk dan “ngam” dengan ahli keluarga kita.

2nd Date:-
Boy: Awk saya nak bawa awak jalan2.
Girl: Boleh tapi boleh awk minta izin ayah saya.
Boy: Boleh.
2nd date si dia berani meminta izin ayah kita untuk bawa kita keluar. Ayah kita penjaga kita lagi2 kita yang anak perempuan bawah tanggungjawab ayah. Sangat sweet bila si dia sanggup jumpe ayah kita untuk bawa kita keluar.

3rd Date:-
Boy: Awk jom keluar.
Girl: Saya nk g makan dgn mak saya. Marilah join sekali.
Boy: Boleh jugak.
3rd date si dia mula berkenalan dengan ibu kita. Tak kisah jika si dia makan sekali atau setakat jumpe atau berborak dengan ibu kita. Wow sweetnye dan indahnya rasa bila si dia dah jumpe mak ayah kita.

4th Date:-
Si Dia mulai membawa kamu jumpe ibunya kerana dia rapat dengan ibunya dan selalu bercerita tentang kamu kepada ibunya. Ibunya teringin nak berkenalan dengan kamu. Oleh itu, kamu keluar bersama dia dan ibu dia untuk berkenalan.

5th Date:-
Si dia mulai bawa kamu kerumahnya berjumpa pula dengan ayahnya. Dan dari sini kamu mulai kenal kesemua ahli keluarganya.

6th Date:-
Keluarga kamu atau keluarga dia mengadakan jamuan makan lalu menjemput keluarga kamu atau keluarga dia hadir. Dari sini keluarga si dia mengenali keluarga kamu.

7th Date:-
Keluarga si dia datang berjumpa keluarga kamu untuk merisik/tunang. 

Indahnya 7 Dates ini. Sama-sama lah kita berdoa semoga ia menjadi kenyataan. Amin.