Saturday, November 30, 2013

Belajar dan Terus Belajar


Setiap kali kita ketemu kekecewaan, cakap pada hati, "Sabar, barangkali Allah pertemukan dia dengan kita untuk kita belajar sesuatu, dan percayalah Allah sedang persiapkan seseorang yang terbaik buat dirimu, you deserve better". Sebagai nota buat diri. 

Bangkit balik dari kesedihan, dan terus berjalan. Kuatnya kita setelah apa kita harungi. Berapa kali kita jatuh tapi kita mampu bangkit, kerana apa? Kerana kita percaya kita masih mampu bangun dan kekuatan itu masih ada. Percayalah, dugaan itu semuanya memang tidak mudah. Manisnya disebalik dugaan itu adalah kerana Allah sayang kita. Dia mahu kita ingat kat Dia. Dia mahu kita mengadu pada Dia. Selama ini kita bongkak, tak mahu mengadu pada Dia. Padahal Dia Maha Mendengar, itu yang seringkali kita terlupa. 

Ingat tiada benda yang kekal di dunia ini sahabat. Cuba kita renung dan lihat segala kekecewaan dan keperitan yang dah kita hadap selama ini. Kita akan bertemu yang lebih better dan makin better dan banyak memberi pengajaran kepada kita. 

Pengajaran ini banyak mengajar erti kehidupan. Antaranya yang dipelajari
*Jangan Mudah Percaya
*Jangan Terlalu Memberi
*Kuatkan hati
*Sabar
*Jangan berharap
*Merelakan pemergian
*Mematangkan diri
*Jangan terlalu berfikir
*Menjaga diri
*Bersyukur
*Terima segala takdir

dan disampai satu tahap "Ahhh, aku sudah biasa, apa mau pikir… biarkan… biarkan Allah tentukan semua…"

Hidup ini amat singkat untuk kita risaukan tentang masa depan. Belajar bersyukur dengan apa yang sedang ada sekarang. Dan belajar percaya ada hikmah disebalik setiap musibah dan kehilangan. Yang penting jangan putus asa untuk berdoa. Nota ini adalah muhasabah buat diri sendiri dan semua yang membaca. 

Andai anda rasa susah untuk bangkit kembali, lihat sekeliling anda, yang kita lihat kekurangan pada kita, walau sesusah mana mereka, mereka masih mampu bangun dan berjalan dan bersyukur dengan nikmat yang mereka ada. Walaupun x sehebat yang kita ada. 

Lagi lama kita bersabar, lagi tinggi nikmat yang akan kita peroleh. Sentiasalah bersabar. Ameeen Ya Robbal Alamin..

Syukur, Alhamdulillah...

No comments: